PENGUMUMAN DAN ARTIKEL-ARTIKEL PILIHAN EDITOR

I : Sokernettamu Kini Online - Klik Disini!

buku lucy

I : Cerita Piala Dunia Sudah Dipasaran

buku lucyBuku Cerita Piala Dunia tulisan pengkritik bola sepak indie nombor 1, Lucius Maximus kini boleh dipesan sekarang. Buku bolasepak paling terklasemen pernah dihasilkan! ---->

III : Pipi Sertai The Gooners

Penulis kacak tetapi tidak banyak berkata-kata Sokernet hari ini menerima tawaran bermain untuk kelab kegemaran beliau Arsenal.Beliau dibeli kerana Arsene Wenger sudah fedap sama Clichy[...]

IV : Mana Aweks?

Apasal Sokernet ada seorang sahaje pengulas wanita. Ini adalah seksis menurut Ketua Wanita UMNO Johor Baharu semalam. Oleh kerana itu Lucius bercadang memanggil Lisa Surihani menjadi pengulas baru[...]

ENTRI TERKINI

5

Kini Kem Poland dibuka

dingin Jumaat, Jun 01, 2012
Sebagai seorang yang meminati sejarah perang dunia kedua, maka saya sokong Poland. Itu sahaja sebabnya. Lagipula sebab saya agak malas mahu mengulas, dan mengikut perkiraan Poland akan keluar awal, maka ia memudahkan kerja saya, tidak perlu mengulas. 

Marilah kita menyokong Poland.



8

Die Nationalmannschaft - Kem Jerman Kini Dibuka

Lucius Maximus , ,




Sebuah produk Jerman sentiasa menekankan aspek seperti ketepatan, kejituan dan kesempurnaan. Baik dari segi penghasilan motokar. motorbot, motorsikal, basikal, seterika dan sebagainya. Ini adalah tradisi sejati Jerman yang dipupuk sejak terasasnya Magna Germania, tradisi yang kekal membezakan antara sebuah produk Jerman dan produk negara lain, seperti kereta Malaysia contohnya yang selalu kerosakan power window.

Dan bagaimana terencatnya power window Proton itu dapat dilihat berjangkit ke dalam bola sepak Malaysia yang juga terencat, sempurnanya power window Audi, BMW, Mercedes atau VW itu dapat dilihat juga dalam sempurnanya bola sepak Jerman. Melihat bola sepak Jerman adalah melihat seperti kesempurnaan itu disempurnakan, menyokongnya pula menjadikan kita manusia yang hampir sempurna.

Dengan Euro 2012 sudah mula mengetuk dekoder Astro masing-masing atau milik mamak, saya seperti biasa membuka kem Jerman untuk semua yang menghargai kesempurnaan dalam bola sepak. Bak kata pepatah, jentera Jerman di kilang kita minyakkan, Harimau Malaya di belakang rumah kita biar mati meninggalkan belang.

Ayuh menyokong bola sepak Jerman kerana Malaysia memang tidak akan ke Euro sampai kiamat pun!


7

Mr. Brendan Rodgers - Our New Gaffer

van kordi

"In many ways the work of a critic is easy. We risk very little, yet enjoy a position over those who offer up their work and their selves to our judgement.

"We thrive on negative criticism, which is fun to write and read.

"But, the bitter truth we critics must face is that, in the grand scheme of things, the average piece of junk is probably more meaningful than our criticism designating it so.

"But there are times when a critic truly risks something and that is in the discovery and defense of the new.

"The world is often unkind to new talent, new creations. The new needs friends."

- Anton Ego in the movie, Ratatouille

On a similar note, I would very much agree to what Anton has to say and more so towards unpaid critics. The current dogma we suffer is the belief that only a superstar name fits the managerial void in Liverpool.


I am glad that many articles have been written with regards to why Brendan Rodgers is the right candidate to succeed Kenny Dalglish and I do not plan to reiterate each one of them. But, I do like to stress the fact that everyone deals with choices and options in life and no doubt, they come with associated risks. The same goes to the decision made by the owners which I believe has the clubs best interest in mind when deciding on Mr. Rodgers.

Mr. Rodgers may not have the pedigree of managing a cup winning side yet, nevertheless the achievements Swansea made and the style of play they showed last season was astonishing. Stout when defending, fluid when they do attack. They definitely try not to force a goal but instead patiently open up spaces and gaps where they can exploit.

I trust that the players we have in our stable is more than able to grasp the new set of training regime with differing coaching techniques brought along by Mr. Rodgers but the question is, how long? Will they need half a season to figure it out? A season or two?

I would assume that some lady "liverbirds" might have reacted differently if the picture below is of Mr. Rodgers. Friends, looks can be deceiving.


Just to sum it all up, we should not be expecting a cup double or a premier league championship next season but we do look forward to a place in the Champions League and a more emphasized pass and move gameplay.

I read somewhere that on a whiteboard in his Swansea office he wrote "Per Ardua Ad Astra" which means "through adversity to the stars"; Mr. Rodgers, surprise us.

#YNWA ./
13

Belanda - Pasukan Bakal Juara Euro2012

van kordi Rabu, Mei 30, 2012


Edgar Davids.

Seorang pemain bolasepak yang sangat digeruni pihak lawan tatkala mewakili kelab mahu pun negara. Menurut beliau (didalam sebuah artikel di soccernet), Holland akan menjadi juara Euro edisi kali ini dengan selamba kerana ada RVP dan Huntelaar. Walaupun Sneijder sedikit "off-form", dia akan menyinga apabila menyarung jersi oren nanti.

Davids menambah lagi, Holland yang sinonim dengan permainan yang cantik dan kemas mungkin akan melepaskan tradisi "Total Football" sebagai korban demi membawa pulang piala yang kali terakhir dimenangi pada tahun 1988. Pendek kata, skor dahulu kemudian bertahan bermati-matian tanpa melepaskan gol (serupa macam England).

Edgar Davids ini memang seorang yang sangat berkaliber. Jika tidak, mana mungkin filem "Predator" meniru susuk tubuh beliau sebagai salah satu karakter utama filem itu.

Hup Holland!
16

Le Kings Of Europe

Abdul Sokernet Jumaat, Mei 25, 2012 ,



Selamat Hari Istanbul Yang Ke-7!

Campur Hari Istanbul yang ke-7 ni, kiranya dah 12 kali Liverpool menang Champions League!

Memang King!
24

Le King

j or ji Khamis, Mei 24, 2012
 King Sebenar tidak berlari. Beliau terbang.

 King Sebenar bencikan racism. King akan flying kick rasis motherfuckin hooligan yr arse!

 Ahhh... King Sebenar. Inilah selera sebenar raja berpelembagaan bolasepak. 

 Nampak? Gaya mendepa tangan dan kaki tak cecah bumi. 
Terbang melayang..

Ooohhh Ahhhh Eric Cantona! Oooohhh Ahhhh Eric Cantona! Ooohhh Aaaaah Eric Cantona!

 Eric 'The King' Cantona

King Sebenar meninggalkan bolasepak secara terhormat. Walau telah bersara masih di sanjung tinggi dan tetap KING SEBENAR. King juga mesti jaga 'ranking'. Takkan King datang dari pasukan 'mid table' atau jadi kapten pasukan negara tapi pasukan sendiri duduk 'mid table'. Ini bukan sifat king sebenar. Nampak tak?

Hari ini adalah lahir King Cantona. Jadi naikkan kolar baju kamu dan bernyanyilah; Ooohhh Ahhhh Eric Cantona! Oooohhh Ahhhh Eric Cantona! Ooohhh Aaaaah Eric Cantona!

Ingatlah, King sebenar tidak dibersarakan dan kemudian menjadi bin dippers!

Teruskan menyanyi!
24

Harapan Terakhir Umat England - Bertakhta Di Eropah

Lucius Maximus Selasa, Mei 22, 2012 , ,





Dah lebih 48 jam aku merenung skrin komputer, cuba untuk menaip sesuatu tentang hal ini tapi terus buntu.

Benarlah kata orang, kadang-kala sesuatu kehebatan itu sudah terlalu hebat hingga tidak ada kata-kata yang boleh digunakan untuk mengungkapnya.

Keep The Blue Flag Flying High! Zigger Zagger! Zigger Zagger! Oi! Oi! Oi!
8

The Roman Shuffle

Obefiend Weiland Isnin, Mei 21, 2012


Cuak tak?

Mari menari. Chelsea juara Eropah

11

Man United Kini Semakin Terdesak

Obefiend Weiland Jumaat, Mei 18, 2012 ,

Hutang!

Dilaporkam hari ini keuntungan Manchester United tahun ini berkurangan sebanyak 4 juta kerana kegagalan di dalam piala Eropah. Disamping itu Man U terpaksa membayar sebanyak GBP 235 000 sehari bagi menanggung kos bunga pinjaman yang diambil oleh Those Fucking Glazers. Nampak gayanya war chest untuk Sir Alex season hadapan pasti tidak mampu menandingi war chest Roberto Mancini. Tapi jangan risau, Man U kini menawarkan pinjaman Ah Long kepada  anda semua. Orang kata bisnes Ah Long memang senang buat duit. Insyallah tahun depan kayalah Man U semula.



29

King For A Day... Fool For A Lifetime

j or ji Khamis, Mei 17, 2012
Almarhum baik orangnya.

Adakah King Kenny disunatkan semula kerana kegagalan beliau membawa Liverpool untuk layak ke Istanbul musim depan? (Istanbul adalah nama lain untuk Piala Eropah bagi The Kops kahkahkah)

King Kenny disingkirkan kerana kesilapan beliau menangani isu rasis. Itu isu yang besar bagi FSG lebih dari kegagalan di atas padang. Jelas di situ kemenangan umat manusia terhadap kebangkitan rasisme dapat di bendung juga akhirnya. Keputusan semasa; Umat Manusia 1 - 0 Rasisme. Secara kebetulan pula kemenangan ini jatuh pada harijadi pejuang hak samarata tanpa perbezaan warna kulit, Patrice Evra semalam. Manis!

Penyingkiran Kenny juga membuktikan FSG mengurus Liverpool lebih kepada perniagaan dari keterujaan bolasepak. Seperti Abramovich mengurus Chelsea dan kebanyakan kelab-kelab lain yang telah dikuasai oleh kapitalist yang mementingkan keuntungan. Ramai pengurus berada di hujung tanduk, jika kelab tidak menunjukkan prestasi, mereka akan disingkir. Ini diterima pakai dalam semua organisasi perniagaan besar.

Kecuali di United, pengurusan dan peminat berdoa Pak Alex tidak berhenti dan terus panjang umur. Amin.
Nampak tak?

King Kenny juga berbelanja ikut suka tocang. Beli pemain yang tidak berkualiti tetapi mahal. Beli Suarez, Carroll, Hendorsen dan Downing, siapa yang untung? Newcastle jugak sebab dapat duit beli Cisse.

Aku buat survey di twitter, "bolehkah anda nyatakan 1 sebab mengapa King Kenny layak untuk terus mengurus Liverpool untuk 1 musim lagi". Aku tag semua nama RakanKop (jangan keliru dengan rakanCop lagi satu, ke balai kau jang!) Apa aku dapat hanyalah bunyi cengkerik.

kriikkk...kriikk...kriikk..sunyi! takda respons.

Maka sebenarnya bolehlah di simpulkan, The Kops sebenarnya mahu King Kenny dikuburkan. RIP King Kenny. Dulu King Kenny ni cukup kuat kutuk Unkle Roy, kata Unkle Roy ni tak bagus la, bodoh la, tua la. kelaut la.. tapi statistik menunjukkan prestasi Unkle Roy lebih baik dari Kenny. Apa cer? Sekarang Kenny kene berehat, Unkle roy ada urusan besar memimpin England ke kancah Istanbul. (Euro)

Siapa pengganti? Jika mahu pakar penyelamat dari tersingkir ke division 1, ambil Wigan punya pengurus Roberto Martinez. Beliau ada pengalaman 2,3 musim menyelamatkan Wigan dari tersingkir last minit. Rasanya beliau paling layak sebab kemungkinan untuk Liverpool tersingkir musim depan agak tinggi.

Jika mahu meriah semua ambil Benitez dan jika mahu ungkap 'this is our season' tanpa rasa malu-malu pilih la yang elok-elok sikit.

K. Devan misalnya.

Ahhh.. Kem Manchester United mengucapkan selamat maju jaya kepada King Kenny. Terima kasih atas semua keseronokan musim lepas.

klasik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...